iqra'

read! In the name of your LORD,Whom created(all that exist)

[Francois Rene de Chateaubriand]

The original writer is not one who imitates anybody
but,one whom nobody can imitates

Tuesday, January 10, 2012

mediterranean

desas-desus menerpa
bak angin laut mediterranean yang menguis debu pasir.

ada orang kasik khabar berita.

"eh..itu dia yang punya angkara"

tak kurang juga yang menulis di papan-papan

'criminal. wanted'

aduh! melecet kaki ini.
jalan-jalan di pantai mediterranean
bersama anak kampung memakai pakaian ala-ala mediterranean juga.

terserempak dengan lelaki tua berbaju sejuk kusam-kusam masam.

"anak muda..politik dunia tidak pernah lari"

lari daripada siapa?

"sini. duduk sebelah aku," ditepuk-tepuknya apa yang orang putih panggil bench itu dengan tangan keras kematu milik si tua.

"kamu tahu apa itu politik?"

menggeleng.

"ya..kerana si tua aku ni tidak pernah memahami politik,tak berhajat memasuki dunia politik atau bermain-main di pinggiran orang-orang besar politik. tapi aku suka pada politik. ada yang kotor,yang tohor juga ada. yang bersih licin bersinar juga terkadang ada"

lelaki tua itu menghela nafasnya. kedengaran begitu uzur. ada ala-ala bunyi engsel berkarat di pintu rumah di kampung nun dihujung hutan mediterranean. yang tercalar dek kesan redox.

"sama seperti laut biru ini. tempat bertembung 3 benua. politik juga sama,"

tatkala itu angin masin menerpa.

"apa yang sama?" darah muda dalam saluran veins dan arteries menggelegak. bagi orang muda,politik yang diperdagangkan tak pernah sama.

parti A mencanang idealogi beda dengan parti B. masakan boleh sama?
huh! dunia tidak adil!

"sama pada mata aku kerana aku cuma si tua. yang buta,"

=cerita suka-suka bila aku terpandang laut biru secantik mediterranean. tapi tidak secantik kisah-kisah dan sejarah negara disekitarnya. serta juga isu-isu semasa yang membingitkan=

end,
wassalam

No comments:

Post a Comment