iqra'

read! In the name of your LORD,Whom created(all that exist)

[Francois Rene de Chateaubriand]

The original writer is not one who imitates anybody
but,one whom nobody can imitates

Tuesday, March 27, 2012

tinggal

'over the bench' storymory mood.

hari ni..waktu jalan-jalan.
selepas touch up sikit-sikit; sneakers di kaki dan snickers di tangan juga.
sketchbook dan pen hitam gsoft mini 3366P yang sentiasa berada ditangan
kalau malas..hhmm.. bawa sketchbook mini dan pen lagi satu yang dah hilang sejak semalam. mana letak pun tak ingat..ciss..

waktu jalan-jalan sekitar bandar macam nilah..
mata nakal meng'usha' retail-retail dan outlet kalau ada.

menghidu carbon monoxide;agent jahat-pemblock oxygen daripada bergabung dengan si bind site,iron.
okay lagi kalau dibandingkan dengan asap rokok..
smokers patut mati.. kenapa lama sungguh dan panjang benar usia mereka?

menggeleng tidak faham.

dalam sibuk kaki berjalan.
hp dalam saku baju bergetar ganas. canggih teknologi zaman in. siap main vibrate-vibrate je.

sms;
XXXXXXXXXX
message,kalau tak buat orang ketawa atau menangis..tandanya serius.
dek kerana malas reply, langkah kaki diteruskan lagi.

ala-ala shot filem;
semua scenes di serap dalam kepala. masuk satu persatu.
dalam hp,dia vibrate...dalam kepala otak..dia vibrate juga..
vibrate dalam bentuk impulse yang kemudiannya di hantar ke mana-mana.

sympathetic bekerja keras. meninggalkan parasympathetic yang a bit slower.

jalan-jalan waktu jalan hari ini bukan jalan biasa sebenarnya.
jalan-jalan menghiburkan hati.
tak cukup dengan kertas putih dan pen.
untuk cool down rasa yang mendera..sebab tu pergi jalan-jalan.

darah rebellious tahap sederhana ini memerlukan jawapan solid.
either A,B,AB or O..
in this current stage..nak cure,antidote tak de.. haih..

akhir sekali,kaki singgah di bangku majlis bandaraya yang ada sedikit kesan idea-idea kreatif pengguna dominant otak kanan. eh..ade ke?
udara dengan index tak berapa baik ini dihirup perlahan-lahan.

wahai hati-hati kering,sederhana dan basah gila..
ada tak dengar...

perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. (11;114)

jadi,mengapa tinggalkan kami dibelakang?

sunyi;bila tirai siang berlabuh di hujung barat.

end;
wassalam

what


mereka tak perlukan 'what do you want from me' ataupun 'welcome to my life' yang ala-ala 'strawberry avalanche'

if fiy and keyl tak perlu..
in my world, aku perlu.

end,
wassalam

Sunday, March 11, 2012

thousand

tadi saya baca blog seseorang.
entah kenapa,sel-sel otak dalam tempurung ni nak bercerita juga.

hari last SPM,masa qiam sama-sama pagi tu..
adalah rasa sayu sikit plus mengantuk.
habis solat semua,seorang kawan kesayangan saya angkat tangan berdoa.

dalam mengantuk-mengantuk tu. tiba-tiba ada cecair hangat mengalir di pipi.
satu saat dua saat.
aku nangis ke?

lama...tak berhenti sampailah dia habis doa.
saya salam dengan kak long disebelah.

"kak long..tengok ni...basah,"
dan memang telekung saya masa tu dah basah lecun.
kak long saya tu senyum je..
sedih sangat ni kenapa?

"macam mana nak naik atas?"
budak tahfiz ada melepak dekat surau,ada kem.
otak saya berfikir dan berfikir.

tahu kenapa saya menangis pagi tu?

sebab kawan si pembaca doa tu,menyebutkan seorang demi seorang dalam doanya.
hati mana yang tak tersentuh?
orang sebut nama kita dalam doa kut..

for you,tak ada apa..
for me..sangat bermakna..a very powerful du'a.
kalau christina perri ada a thousand years,
i have forever then..
thanks,atiqah aminuddin.

end,
wassalam

Friday, March 9, 2012

salah

2012,tahun yang banyak rahsia,teka-teki dan misteri..

jan-mac,
a very untold story.
awkwardness yang tak wajar ada.
falsafah socialism yang patut dibelajar.

who am i to you?
a friend?
don't make me laugh.

friendship build on ukhuwwah fillah and trust..

aku percaya kau.
tapi kepercayaan aku dah hilang.
aku cuba cari balik. dalam 2 bulan ni..
tapi aku tak jumpa.
ada kau cuba tolong aku cari?
tak..sebab aku tak pernah suruh.
dan kau pun tak pernah tanya
maka salah aku?

penat aku nak jaga hati kau.
kau apa tahu?

again..
kita kawan ke?
*smirk*

end,
wassalam

Tuesday, February 28, 2012

freedom

ada benda yang aku tak faham dalam dunia ni..
dan mungkin tak akan faham..

sebab?

dunia tanpa freedom;
malaysia is a free country..
just how free malaysia is?

well..i don't know..
serious...aku tak tahu..
dan tak ingin tahu...

end,
wassalam

Wednesday, February 22, 2012

parody i

THE PARODY OF CINDELEHA

dedicated for smih's ELEP students 2010. especially for the script writer,JENNY-kun
[weyh..aku ingat kut benda ni..]

Dengungan loceng besar ditengah kota merencatkan mimpi indahnya. Terus dia duduk. Doa bangun tidur dibaca selanjur mematahkan sendi-sendi jari runcingnya. Daripada jendela usang biliknya,samar-samar menara istana masuk ke anak mata.

Lantai sejuk itu dipijak tanpa alas kaki. Terasa ngilunya. Namun tidak diendahkan,dia terus berlalu ke tandas. Sayup-sayup azan subuh berkumandang,mengejutkan warga kota dari mimpi yang panjang.

“leha! Pinggan sudah dibasuh?”

“kenapa kamu basuh baju tanpa dikanji. Pemalas!”

“kamu…pergi masakkan untuk anak-anak aku!”

Sama ada arahan,tengkingan ataupun sepak terajang, hidupnya sebagai Saleha memang tidak pernah senang. Petang itu,dia masih di jeti,memberus kain baju usangnya. Bertemankan alam semulajadi yang sejuk dimata.

Sesejuk air sungai jernih itu,hati Saleha lebih sejuk lagi. Beku dan keras. 10 tahun lalu,hatinya telah mati. Mati bersama perginya ibu menghadap rabb. Ayahnya ? saleha benci ayah! Selepas ibu meninggal dunia,kira-kira dua bulan kemudian ayah mencari pengganti. Ibu tiri yang memandangnya sesuku mata. Ibu tiri neraka !

‘’Saleha ! saleha ! mana budak sial ini ! ‘’

Lamunannya berkecai. Suara ibu tiri halinda yang menghalilintar itu seolah-olah utusan pembawa surat maut le sekeliling kampung. Yang sekejap lagi akan ditali gantung atau disuntik cecair yang orang zaman millennium kini memanggilnya potassium cyanide.

‘’SALEHA!!!’’

Orang tua gila! Bentak hati kecil Saleha lantas berlari pulang.

to be continue..

cerita suka-suka atas janji 2010

end,

wassalam

Sunday, February 19, 2012

waktu


waktu waktu macam nilah teringat

buku biru panjang,
calculator.
biology,alkimiya dan physics.

terdengar suara ustazah zuraidah..
atau hentakan kaki di 5 iltizam.
kadang-kadang ustazah addmath di kelas sebelah

hendak kembali ke masa tu?
maaf..

tapi benar..ada rasa rindu

end,
wassalam