Tuesday, February 28, 2012
freedom
Wednesday, February 22, 2012
parody i
Dengungan loceng besar ditengah kota merencatkan mimpi indahnya. Terus dia duduk. Doa bangun tidur dibaca selanjur mematahkan sendi-sendi jari runcingnya. Daripada jendela usang biliknya,samar-samar menara istana masuk ke anak mata.
Lantai sejuk itu dipijak tanpa alas kaki. Terasa ngilunya. Namun tidak diendahkan,dia terus berlalu ke tandas. Sayup-sayup azan subuh berkumandang,mengejutkan warga kota dari mimpi yang panjang.
“leha! Pinggan sudah dibasuh?”
“kenapa kamu basuh baju tanpa dikanji. Pemalas!”
“kamu…pergi masakkan untuk anak-anak aku!”
Sama ada arahan,tengkingan ataupun sepak terajang, hidupnya sebagai Saleha memang tidak pernah senang. Petang itu,dia masih di jeti,memberus kain baju usangnya. Bertemankan alam semulajadi yang sejuk dimata.
Sesejuk air sungai jernih itu,hati Saleha lebih sejuk lagi. Beku dan keras. 10 tahun lalu,hatinya telah mati. Mati bersama perginya ibu menghadap rabb. Ayahnya ? saleha benci ayah! Selepas ibu meninggal dunia,kira-kira dua bulan kemudian ayah mencari pengganti. Ibu tiri yang memandangnya sesuku mata. Ibu tiri neraka !
‘’Saleha ! saleha ! mana budak sial ini ! ‘’
Lamunannya berkecai. Suara ibu tiri halinda yang menghalilintar itu seolah-olah utusan pembawa surat maut le sekeliling kampung. Yang sekejap lagi akan ditali gantung atau disuntik cecair yang orang zaman millennium kini memanggilnya potassium cyanide.
‘’SALEHA!!!’’
Orang tua gila! Bentak hati kecil Saleha lantas berlari pulang.
to be continue..
cerita suka-suka atas janji 2010
end,
wassalam